Anwar gulung Kajian Separuh Penggal RMK12 petang ini


Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan di Facebook beliau akan menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 pada 4.30 petang ini di Dewan Rakyat. – Gambar Facebook, 19 September, 2023.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim akan menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada 4.30 petang ini.

“Terima kasih kepada semua ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan sejak minggu lalu dan insya-Allah saya akan menjawab persoalan yang dibangkitkan petang ini,” katanya dalam catatan menerusi Facebook hari ini.

KSP RMK12 dibentangkan perdana menteri pada 11 September lepas bermatlamatkan “Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi”, dengan memperkenalkan 17 anjakan utama sebagai pemangkin utama melalui 71 strategi dan inisiatif utama bagi menghasilkan keberhasilan yang disasarkan.

KSP RMK12 ialah jaminan teguh kerajaan dalam memenuhi tuntutan reformasi yang diharapkan rakyat, sekali gus memaknai semangat Malaysia Madani. 

Sesi perbahasan usul KSP RMK12 berlangsung selama tiga hari bermula 12 September lepas dan disusuli dengan penggulungan oleh kementerian berkaitan selama dua hari bermula semalam. – Bernama, 19 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen