Perikatan gugur kes berprofil tinggi demi kepentingan sendiri, kata Amirudin


Ravin Palanisamy

Amirudin Shari berkata kerajaan PN menggugurkan kes berprofil tinggi demi kepentingan sendiri seperti kes mahkamah bekas ketua menteri Sabah Musa Aman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 September, 2023.

AHLI Parlimen Gombak Amirudin Shari mendakwa kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menggugurkan kes rasuah berprofil tinggi untuk kepentingan sendiri.

Merujuk kepada kes mahkamah bekas ketua menteri Sabah Musa Aman, Amirudin berkata pembebasan Musa membawa kepada pilihan raya Sabah 2020.

“Pilihan raya Sabah berlaku kerana pembebasan (Musa). Semporna (Mohd Shafie Apdal) boleh mengesahkan perkara ini.

“Terdapat gambar beberapa pemimpin kerajaan melawat (Musa), yang menyebabkan beberapa Adun beralih kesetiaan kepada PN pada masa itu,” kata menteri besar Selangor itu di Parlimen hari ini.

Amirudin menuduh menteri undang-undang ketika itu Takiyuddin Hassan mempertahankan keputusan berkenaan sebagai perlembagaan.

Takiyuddin memetik kuasa pendakwa raya di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga memetik kuasa peguam negara di bawah Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah ke atas semua pendakwaan dan prosiding jenayah. – 13 September, 2023.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen