KERAJAAN wilayah Jakarta sedang memantau sekolah-sekolah di sembilan mukim yang mengadakan pembelajaran jarak jauh semasa Sidang Kemuncak Asean ke-43 yang berlangsung di ibu negara dari 4 hingga 7 September 2023.
“Pembelajaran jarak jauh dilaksanakan sejak semalam dan kami memantaunya setiap hari,” kata Purwosusilo, pemangku ketua Pejabat Pendidikan Jakarta semalam, lapor Agensi Berita Antara.
Beliau menyebut pegawai pendidikan di mukim terlibat memastikan pembelajaran jarak jauh dilaksanakan dengan lancar.
Sembilan mukim yang melaksanakan pembelajaran dalam talian semasa Sidang Kemuncak Asean ialah Palmerah (151 sekolah), Gambir (109), Menteng (98), Tanah Abang (124), Sawah Besar (119), Senen (107), Kebayoran Baru (171). ), Mampang Prapatan (127), dan Setiabudi (102).
“Selepas Sidang Kemuncak Asean berakhir pada 8 September, sekolah-sekolah akan kembali kepada rutin biasa mereka,” kata Purwosusilo.
Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono sebelum ini menjelaskan dasar pembelajaran dalam talian bertujuan membantu mengurangkan kesesakan di sekitar venue Sidang Kemuncak Asean. – Bernama, 6 September, 2023.
Komen