SPRM mula siasatan ke atas Jasmine Loo


Bekas peguam bela 1Malaysia Development Bhd Jasmine Loo Ai Swan mula disoal siasat SPRM berhubung peranannya dalam penyelewengan dana itu.– Gambar Facebook, 6 September, 2023.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menyoal bekas peguam bela 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan berhubung peranannya dalam penyelewengan dana itu, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Azam memberitahu pemberita pada satu majlis di Sepang bahawa suruhanjaya itu memulakan soal siasatnya pada Isnin, dan akan mengambil masa tiga hari untuk diselesaikan.

“Kami akan berhubung dengan polis jika memerlukan lebih banyak masa,” katanya.

Loo, yang merupakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, telah ditahan pada Julai selepas melarikan diri selama beberapa tahun.

Azam juga berkata pihak berkuasa masih tidak dapat mengenal pasti lokasi Jho Low.

Beliau berkata masih jauh lagi perjalanan untuk menangkap Low.

“Saya tidak pasti. Saya rasa, kalau tanya pendapat saya, belum lagi, masih jauh,” kata Azam.– 6 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen