Penumpang Malaysia Airlines boleh bawa makanan sendiri


Ravin Palanisamy

Malaysia Airlines Berhad (MAB) berdepan krisis pembekal katering selepas menamatkan kontrak dengan rakan pembekal lamanya, Brahim's Food Services (BFS) pada awal minggu ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 September, 2023.

MALAYSIA Airlines Berhad (MAB) akan menawarkan pilihan makanan dan minuman ketika ia sedang aktif mencari rakan pembekal baharu selepas menamatkan kerjasama jangka masa panjang dengan pembekal kateringnya, Brahim’s Food Services (BFS) awal minggu ini.

Antara pilihan diberikan, kata syarikat penerbangan negara itu adalah membenarkan penumpang membawa bekalan makanan mereka di laluan penerbangan terpilih ketika syarikat itu sedang menjalankan peralihan kepada penyedia perkhidmatan makanan dan minuman yang baharu.

“Penumpang boleh membawa makanan mereka sendiri ke dalam pesawat tertakluk kepada peraturan cecair, aerosol dan gel (LAGs).

“LAGs tidak boleh melebihi 100ml seperti peraturan untuk penumpang antarabangsa berlepas atau dalam transit di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia.

“Makanan dipanaskan kendiri atau makanan tidak halal tidak dibenarkan sama sekali,” kata MAB dalam email dihantar kepada pemegang tiket penerbangannya.

Pada Rabu, Malaysian Aviation Group (MAG) mengumumkan perjanjian katering dengan BFS untuk laluan penerbangan domestik dan antarabangsa terpilih akan dihentikan pada 31 Ogos.

MAG, syarikat induk MAB, berkata kerjasama itu berakhir dua bulan selepas notis pemberhentian rasmi dihantar pada 30 Jun lalu. – 3 September, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen