PURATA 4,000 remaja perempuan bawah umur 18 tahun hamil setiap tahun di negara ini, menurut statistik Kementerian Kesihatan (KKM).
Pakar seks berkata remaja Malaysia tidak diajar dengan betul berkenaan subjek pendidikan seks.
Mereka mendakwa angka 4,000 itu jauh daripada keadaan sebenar situasi remaja hamil kerana masih banyak kes yang tidak dilaporkan.
Pensyarah fakulti Obstetrik dan Ginekologi Universiti Sains Malaysia (USM) berkata jumlah remaja hamil terlalu tinggi berpunca daripada kurangnya pengajaran tentang seks.
Naik Presiden Kajian Saintifik Seksualiti Masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor Tan Hoon Kian berkata angka rasmi itu hanya gambaran awal yang mempersoalkan adakah remaja di negara ini belajar sesuatu dalam kelas pendidikan seks mereka.
Tan berkata ia tidak mencukupi, hingga menyebabkan usaha untuk memahamkan remaja jadi tidak berkesan.
“Jika anda terkejut dengan statistik KKM, bersedialah untuk berdepan dengan realiti. Angka sebenar sudah pasti lebih dari itu,” katanya.
Tan berkata pendidikan seks adalah matapelajaran di sekolah yang diperkenalkan lebih 10 tahun lalu tetapi mesej asasnya masih gagal disampaikan – iaitu mengelak kehamilan.
“Ketika ia diperkenalkan, ada banyak masalah sosial membabitkan remaja. Ibu muda yang tidak berkahwin, kehamilan yang tidak dikehendaki, pengguguran dan pembuangan bayi.
“Pakar sosiologi dan pakar lain diminta untuk mengkaji isu itu dan menentukan puncanya. Kajian menunjukkan apa yang remaja belajar di rumah.
“Kajian menunjukkan ibu bapa tidak tahu cara mendidik anak mereka berkenaan subjek yang dianggap taboo itu di kebanyakan rumah.
“Itu sebabnya mengapa pendidikan seks kepada remaja bermula di sekolah.”
Membandingkan situasi di Malaysia dengan China, yang turut memperkenalkan pendidikan seks di sekolah sedekad lalu, Tan berkata keputusan di China lebih baik walaupun pendidikan seks bukan subjek yang memerlukan peperiksaan dan pelajar tidak dinilai.
“Jadi persoalannya adalah adalah pendidikan seks di Malaysia mencapai sebarang kesan?”
Tan berkata beliau percaya ia tidak berkesan.
“Jurangnya masih terlalu besar,” katanya.
Tan berkata masalahnya adalah apabila guru enggan mengajar matapelajaran itu.
“Mereka berkata tidak mahu mengajar subjek itu kerana tidak ada masa.”
Beliau berkata guru Malaysia mengajar seperti robot bagi mata pelajaran pendidikan seks.
“Mereka patuhi kurikulum tetapi apabila pelajar berikan soalan, mereka tidak tahu cara mengendalikan soalan berkenaan.
“Itulah keadaan pendidikan seks di Malaysia. Guru tidak tahu bagaimana hendak menyebarkan mesej bagi subjek taboo ini.” – 3 September, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen