Usah biar ahli politik pecah belah rakyat menang, kata Santiago


Bekas ahli Parlimen Klang Charles Santiago seru rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian dalam memupuk keharmonian dan perpaduan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Ogos 2023.

JANGAN biarkan negara ini ditadbir oleh ahli politik yang memainkan isu kaum dan agama sehingga memecahbelahkan rakyat, seru bekas ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Rakyat Malaysia sebaliknya perlu meraikan kepelbagaian dalam memupuk keharmonian dan perpaduan, kata ahli politik DAP itu menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-66 esok.

Santiago berkata, setiap kali apabila bercakap tentang Malaysia, ada pemimpin akan berkata negara ini ‘kaya’ kerana penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Mereka gambarkan Malaysia negara yang berbilang budaya, tradisi, bahasa, kaum dan agama.

“Tetapi ahli politik yang sama ini juga melaga-lagakan kita, memainkan naratif kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, menambah ahli politik seperti ini sebenarnya mengamalkan “politik dendam”

“Kita tidak boleh biarkan ahli politik ini menang. Kita tidak boleh benarkan mereka memecahbelahkan kita.

“Marilah kita saling bersatu padu sebagai rakyat Malaysia,” seru beliau. 

Kata Santiago lagi, walaupun negara sudah merdeka sejak 66 tahun lalu isu kaum dan agama masih dimainkan sesetengah ahli politik sehingga membawa kepada permusuhan dalam kalangan rakyat. – 30 Ogos 2023.

Berita penuh di sini
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen