Helikopter bawa 20 tentera marin AS terhempas di Australia


Nahas helikopter itu berlaku pada 01:30 GMT di Pulau Tiwi. – Gambar AFP, 27 Ogos, 2023.

HELIKOPTER tentera V-22 Osprey yang membawa kira-kira 20 tentera marin Amerika Syarikat (AS), terhempas semasa latihan Predators Run di luar pantai bandar Darwin di utara Australia, Sputnik memetik laporan Sky News Australia pada Ahad yang memetik sumber.

Nahas helikopter itu berlaku pada 01:30 GMT di Pulau Tiwi, lapor penyiar itu menambah insiden tersebut mungkin mengorbankan nyawa.

Penyiar ABC melaporkan beberapa anggota diselamatkan selepas nahas itu dan tiada laporan awal mengenai kemalangan jiwa.

Latihan itu yang melibatkan tentera dari Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Filipina dan Timor-Leste akan digantung susulan nahas itu, kata laporan tersebut. – Bernama, 27 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen