Umno mesti bertindak sekarang untuk terus relevan, kata penyelidik


Alfian Z.M. Tahir

UMNO perlu meremajakan parti itu kerana ia kini berdepan krisis kepimpinan yang serius dan kehilangan sokongan orang Melayu, kata felo penyelidik Ilham Center Mujibu Abdul Muis.

Bercakap pada forum mengenai pilihan raya enam negeri baru-baru ini pagi ini, Mujibu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpendapat Umno perlu menggunakan pendekatan lebih komprehensif dan strategik agar kekal relevan.

Menurut Mujibu, kemenangan Umno di beberapa kerusi DUN bukan disumbangkan oleh penyokong sendiri, sebaliknya menang dengan sokongan pengundi Pakatan Harapan.

“Ironinya, Umno menang bukan kerana undi Umno, tetapi datang daripada penyokong bukan Umno. Umno mencatatkan prestasi terburuknya. Mereka kehilangan penyokong teras dan menang di kerusi yang diberikan sebagai ‘hadiah’ kepada mereka, contohnya Bertam, Sungai Acheh dan Dusun Tua.

“Mereka tidak menang apa-apa di Kedah dan Terengganu. Undi Melayu di Selangor dan Negeri Sembilan jatuh,” kata Mujibu.

Mujibu menegaskan dalam pilihan raya negeri, Perikatan Nasional memperoleh 73% undi Melayu manakala perkongsian PH-BN hanya berjaya memperoleh 27% undi Melayu.

“Apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri Yaakob adalah benar. Umno dalam keadaan kritikal. Dalam ICU, jika Umno hidup, parti itu tidak sekuat dulu. Seperti pesakit selepas pembedahan,” katanya lagi. – 25 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen