PENDUDUK Bangsar mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan mengapa wang pembayar cukai digunakan untuk membiayai projek lebuhraya bernilai RM112 juta di kawasan itu.
Penasihat Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Mumtaz Ali berkata DBKL harus menjelaskan mengapa dana itu digunakan untuk projek di Pusat Bandar Damansara (PBD) itu.
“Daripada apa yang kami dengar lebih 60% peratus wang pembayar cukai digunakan untuk sebuah pembangunan oleh pemaju swasta.
“DBKL sepatutnya membelanjakan dana itu untuk tujuan merapikan, lanskap dan kejiranan hijau daripada membina lebuhraya dan jalan kecil kerana ia tidak membantu menyelesaikan situasi trafik di sini.
“Ia nampak seperti menguntungkan pemaju projek (PBD),” katanya kepada The Malaysian Inisght.
Jalur tiga lorong sejauh 1.3km akan dibina dari persimpangan Lebuhraya Sprint-Jalan Maarof Sprint berhampiran projek Pavilion Damansara Heights ke persimpangan Lebuhraya Sprint-Jalan Semantan.
Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor yang merasmikan acara pecah tanah pada Isnin lepas berkata lebuhraya berkenaan yang dijangka siap pada Jun 2020 akan menggurangkan kesesakan trafik di kawasan itu.
Beliau berkata projek berkenaan akan menerima peruntukan sebanyak RM130 juta daripada DBKL dan akan disiapkan dalam tempoh 30 bulan. – 29 Mac, 2018.
Komen