Selangor dedah portfolio Exco


Ravin Palanisamy

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari akan memegang lima portfolio. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Ogos, 2023.

SENARAI portfolio Exco kerajaan negeri Selangor diumumkan hari ini dengan Menteri Besarnya Amirudin Shari memegang lima portfolio.

Amirudin yang juga Adun Sungai Tua akan mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, Kewangan dan Tindakan Ekonomi, Pemodenan Pentadbiran Kerajaan dan Digitalisasi Kerajaan, Komunikasi Strategik Pendidikan dan Modal Insan.

Adun Kinrara Ng Sze Han akan mengetuai portfolio Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, manakala Adun Kota Anggerik Najwan Halimi akan mengetuai Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan.

Adun Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin akan mengambil alih portfolio Kesihatan Awam dan Alam Sekitar.

Adun Banting V Papparaidu akan mempengerusikan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, manakala Adun Sekinchan Ng Suee Lim bertanggungjawab dalam Kerajaan Tempatan dan Pelancongan.

Adun Sungai Tawar Rizam Ismail mengambil alih portfolio Kemajuan Desa dan Perpaduan serta Adun Pandan Indah Izham Hashim ialah Exco Infrastruktur dan Pertanian.

Adun Seri Setia Fahmi Ngah dinamakan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi manakala Adun Taman Templer Anfaal Saari akan mengetuai jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

Trio Sze Han, Suee Lim dan Papparaidu juga merupakan pengerusi bersama jawatankuasa khas untuk agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Limas). – 23 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen