Mahkamah Rayuan tolak cabaran persempadanan semula kawasan pilihan raya Selangor


Bede Hong

Kerajaan Selangor mencabar persempadanan semula dilakukan SPR mendakwa ia wujudnya gerimander dan salah perwakilan. Cabaran itu ditolak oleh mahkamah hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2018.

MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak rayuan kerajaan Selangor untuk mencabar persempadanan semula dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Vernon Ong memutuskan, aduan kerajaan negeri tentang wujudnya gerimander dan salah perwakilan bukanlah perkara yang boleh dibicarakan oleh mahkamah.

Dalam penghakimannya, Ong berkata Selangor bagaimanapun berhak untuk mencabar persempadanan semula itu di mahkamah.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Ahmadi Asnawi itu turut dianggotai Hakim Abdul Karim Abdul Jalil.

Mahkamah tidak memihak kepada Selangor berhubung dakwaan wujudnya gerimander, persempadanan semula yang tidak adil dan salah perwakilan kerana berpendapat ia tidak mempunyai justifikasi.

Dalam keputusan sebulat suara itu, mahkamah juga memutuskan bahawa SPR perlu memasukkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan pada September 2016 ke dalam daftar pemilih.

Bagaimanapun, ia turut merujuk kepada Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 yang menghalang cabaran kehakiman kepada daftar pemilih yang sudah digazetkan.

Tiada kos perbicaraan diberikan.

Kerajaan Selangor yang ditadbir pembangkang bagaimanapun mungkin akan buat rayuan, kata peguam Latheefa Koya.

“Ini adalah kali pertama sebenarnya mahkamah mengambil kira merit sepenuhnya isu ini,” katanya kepada wartawan selepas penghakiman.

“Hujah kami adalah SPR menggunakan daftar pemilih yang salah, kerana ia tidak mengambil kira daftar tambahan pemilih yang dikeluarkan pada 14 September 2016.”

Mahkamah hari ini bersetuju dengan hujah kerajaan Selangor yang SPR sepatutnya menggunakan daftar pemilih terkini. Bagaimanapun, mahkamah memutuskan untuk memihak kepada SPR yang penilaian mereka untuk proses persempadanan semula bermula dalam mesyuarat pada Julai 2016.

“Malangnya kerana itu mereka memutuskan yang daftar pemilih semasa tidak termasuk daftar pemilih tambahan. Jika tidak, itulah fakta yang digunakan mahkamah yang mereka (SPR) sepatutnya memasukkan daftar tambahan,” kata Latheefa lagi.

“Hakikatnya mereka tidak guna daftar pemilih yang sah tanpa alamat dan semua perkara berkaitan, (tetapi) kami tak boleh cabarnya di bawah Seksyen 9A,” katanya. – 29 Mac, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen