Struktur bumbung bangunan 5 tingkat di Jalan Kuchai Lama runtuh


Sebahagian struktur bumbung sebuah premis lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur runtuh malam tadi, menyebabkan beberapa kenderaan rosak teruk. – Gambar Facebook, 16 Ogos 2023.

BEBERAPA kenderaan mengalami kerosakan teruk susulan sebahagian struktur bumbung di sebuah premis lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur runtuh malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata kejadian yang berlaku pada kira-kira 10.30 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata pihak bomba telah melakukan pemeriksaan di setiap tingkat dan mengesahkan tiada mangsa terlibat.

“Buat masa ini, polis dan pihak bomba terpaksa menutup premis berkenaan sebagai langkah keselamatan daripada sebarang aktiviti sehingga ia disahkan selamat.

“Punca kejadian runtuh itu juga sedang disiasat pihak bomba,” katanya ketika dihubungi tengah malam tadi.

Terdahulu, kejadian berkenaan dirakam penduduk berhampiran sebelum ia tular di Facebook. – Bernama, 16 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen