Askar maut, 7 cedera serangan hendap di Filipina


Seorang askar terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang hendap konvoi yang mengiringi seorang pegawai kerajaan tempatan di selatan Filipina. – Gambar fail EPA, 13 Ogos, 2023.

SEORANG askar terbunuh manakala enam lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang hendap konvoi yang mengiringi seorang pegawai kerajaan tempatan di selatan Filipina, lapor agensi berita Xinhua, memetik jurucakap tentera pada Ahad.

Mejar Tentera Andrew Linao dari Komando Mindanao Barat berkata pegawai tempatan itu bagaimanapun terselamat dalam serangan pada Sabtu di Basilan, sebuah wilayah pulau di selatan.

Linao berkata, kira-kira 10 lelaki bersenjata melancarkan serangan hendap.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. – Bernama, 13 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen