PENGARAH Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil melahirkan kesal di atas kekalahan tipis gabungan itu di kerusi DUN Sungai Kandis.
Wan Dzahanurin Ahmad dari Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh 28,962 undi memberikannya kemenangan tipis majoriti 167 undi ke atas Zawali Mughni dari PH yang menerima 28,759 undi.
Calon Muda Afriena Shaqira pula mendapat 1,341 undi.
“Saya sedih kerana perpecahan ini membolehkan PN memenangi kerusi tetapi saya tidak bersedia untuk membuat lebih banyak ulasan mengenainya buat masa ini,” kata Fahmi kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC) selepas menghadiri perhimpunan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.
Muda berada dalam pakatan pilihan raya dengan PH tahun lepas tetapi memutuskan untuk bergerak secara solo dalam enam PRN.
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti memutuskan hubungan dengan PH kerana gabungan itu berundur daripada janji reformasinya.
Muda kehilangan semua kerusi yang ditandinginya dalam PRN. – 13 Ogos 2023.
Komen