Aktivis gesa bebaskan kanak-kanak di depoh tahanan imigresen


Alfian Z.M. Tahir

Aktivis kumpulan hak awam menggesa kerajaan membebaskan semua kanak-kanak yang ditahan di pusat tahanan imigresen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Ogos, 2023.

AKTIVIS kumpulan hak awam menggesa kerajaan membebaskan semua kanak-kanak yang ditahan di pusat tahanan imigresen.

Kumpulan itu berkata penahanan berkenaan melanggar hak asasi manusia dan pelanggaran kepada Deklarasi Hak Kanak-kanak Asean dalam konteks migrasi.

“Sekali lagi Malaysia melanggar Konvensyen Hak Kanak-kanak dengan menahan kanak-kanak ketika serbuan di Cheras pada malam Jumaat lalu.

“Menurut laporan berita, kanak-kanak semuda lapan tahun adalah antara 425 pendatang warga asing yang ditahan.

“Kami juga dimaklumkan tentang satu lagi serbuan pada 31 Julai di gereja Life Assembly di seremban, di mana-mana sekurang-kurangnya 26 pelarian ditahan dan pada masa ini berada di pusat tahanan imigresen Lenggeng.

“Kanak-kanak tidak boleh ditahan sewenang-wenang hanya kerana status imigresen ibu bapa mereka yang tidak betul,” kata kumpulan itu.

Memetik Thailand dan Indonesia sebagai contoh, kumpulan itu berkata Putrajaya gagal mempertahankan janjinya untuk melaksanakan dasar dan peraturan yang akan melindungi hak komuniti paling mudah terdedah kepada bahaya, ketika memohon kerusi di Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

“Kita lebih teruk daripada negara jiran, Thailand dan Indonesia, yang membebaskan kanak-kanak ini untuk dijaga dalam masyarakat serta alternatif lain kepada penahanan.

“Ingin kami ingatkan kerajaan pada 16 Februari, menteri dalam negeri berjanji memindahkan kanak-kanak yang ditahan di depot secepat mungkin dan meletakkan mereka di bawah jagaan kumpulan persatuan sivil dalam bidang kebajikan kanak-kanak,” katanya.

Kumpulan itu turut menggesa operasi serbuan yang diadakan pada waktu malam.

The Malaysian Insight menghubungi jabatan imigresen untuk mendapatkan komen tetapi belum mendapat maklum balas. – 8 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen