Pihak berkuasa Bali hantar pulang lebih ramai pelawat antara Januari-Julai berbanding 2022 


Rakyat Rusia, Amerika Syarikat, United Kingdom mendahului senarai orang yang dihantar pulang oleh pihak berkuasa Bali, Indonesia.– Gambar AFP, 8 Ogos, 2023.

PIHAK berkuasa pulau peranginan Bali, Indonesia berkata pihaknya telah menghantar pulang 198 pelawat dari Januari-Julai berbanding seramai 188 orang pada 2022 kerana melanggar peraturan imigresen, lapor Sputnik.

“Semakin ramai yang melanggar peraturan. Kita juga mendapati jumlah warga asing yang tiba tahun lepas kurang daripada dua juta. Sehingga Julai (2023), jumlah itu mencapai 2.6 juta.

“Angka ini agak membimbangkan kerana semakin ramai yang datang, potensi pelanggaran juga tinggi,” kata ketua Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Bali, Anggiat Napitupulu.

Pegawai itu berkata lebih banyak pengusiran dijangka dari pulau itu tahun ini kerana peningkatan jumlah pelancong asing, lapor Agensi Berita Antara.

Rakyat Rusia, Amerika Syarikat, United Kingdom mendahului senarai orang yang dihantar pulang.

Pegawai itu berkata antara kesalahan imigresen yang paling kerap dilakukan ialah tinggal melebihi tempoh had visa, selain menyalahgunakan visa untuk tujuan yang tidak sesuai, termasuk bekerja secara haram.– Bernama, 8 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen