Jumlah undi pos menurun, calon gesa pengundi tunai tanggungjawab 


Angie Tan

Penyandang kerusi DUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze bimbang pengurangan jumlah keluar mengundi akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan di Selangor.– Gambar Facebook, 7 Ogos, 2023.

DENGAN semua tanda menunjukkan kemerosotan dramatik dalam undi pos di Selangor, parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), pekerja kempen dan calon mereka gelisah kerana peratusan keluar mengundi yang lemah pada hari pengundian akan mengurangkan peluang mereka untuk mengekalkan kuasa di negeri itu.

Antara yang menyuarakan kebimbangan adalah penyandang kerusi Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze, yang memberitahu The Malaysian Insight hanya 398 permohonan untuk undi pos diterima.

Wakil DAP berusia 33 tahun itu, berharap untuk dipilih semula bagi penggal kedua, menegaskan 398 adalah jauh berbeza daripada 1,495 permohonan yang diterima oleh kerusi Parlimen Subang pada pilihan raya umum ke-15.

Subang Jaya dan Kinrara adalah dua kerusi DUN di kawasan Parlimen Subang.

“Penurunan hampir 70%,” katanya.

Ng berkata ia adalah penurunan yang tidak dijangka.

Beliau berkata sambutan suram pengundi pos, jika ditambah dengan peratusan keluar mengundi yang lemah, boleh menimbulkan masalah besar bagi beliau dan PH.

“Dalam pilihan raya negeri sebelum ini, saya sendiri telah diberitahu oleh beberapa pengundi saya masih akan menang tanpa undi mereka.”

Ng berkata kini terdapat kesedaran yang semakin meningkat ketidakhadiran pengundi pada hari pengundian akan memberi kesan yang tidak diingini di negeri yang berdepan pertandingan sengit. 

“Saya difahamkan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya negeri sentiasa rendah, termasuk dalam pilihan raya negeri Johor dan Melaka baru-baru ini.

“Namun, saya tidak menjangkakan pengundian pos di Subang Jaya akan menjadi begitu rendah kali ini.

“Saya dimaklumkan ia kerana orang ramai merasakan pilihan raya negeri tidak penting. Tetapi jika sikap ini berterusan, ada kemungkinan besar PH boleh kehilangan Selangor,” katanya.

Ng berkata sejak dia menyuarakan kemungkinan penurunan mendadak dalam undi pos kali ini, ahli parti juga menjadi cemas.

Walaupun bimbang, Ng tetap yakin dan berkata masih belum terlambat untuk melakukan perubahan. 

“Kita masih boleh menggunakan baki tempoh kempen untuk menggalakkan orang ramai keluar mengundi. Hanya peratusan keluar mengundi yang tinggi akan PH mempunyai peluang untuk mengekalkan Selangor.” – 7 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen