HANYA pemegang saham boleh membuat keputusan mengenai kedudukan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Isa Samad sama ada terus dikekalkan atau sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata Isa dilantik dengan persetujuan lembaga pengarah.
“Oleh itu, kita akan biarkan ia kepada pihak berautoriti untuk membuat keputusan mengenai isu itu, mengenai kedudukannya,” kata Zahid selepas majlis berbuka puasa di pusat latihan polis di Kuala Lumpur.
Saham FGV meningkat lebih lebih 20% sejak Ketua Pegawai Eksekutifnya Zakaria Arshad dan tiga yang lain diminta mengambil cuti sementara menunggu audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam syarikat perladangan itu.
Saham FGV jatuh kira-kira 1% pada Rabu sebelum kembali naik kepada 2.5%.
Sehari sebelum ini, saham FGV turun 6% dan pada satu peringkat jatuh kepada kadar terendah dalam tempoh lima bulan.
“Modal pasaran menurun antara 20% dan 30%. Ini memberi kesan kepada FGV dan juga peneroka Felda yang mempunyai saham dalam syarikat tersenarai awam,” kata Zahid.
Zahid berkata beliau berharap pengumuman pelantikan Idris Jala untuk menyelesaikan masalah FGV akan membantu menstabilkan harga saham.
“Saya percaya Idris dilantik untuk melihat pengurusan audit di mana beberapa keputusan dibuat yang menyebabkan kerugian besar kepada FGV.”
Pemegang saham FGV berpendapat CEO yang digantung sebagai seseorang yang memberi tumpuan kepada usaha penstrukturan semula dan meningkatkan nilai saham FGV, kata penganalisis industri.
Zakaria mengambil alih pada April tahun lepas daripada Mohd Emir Mavani Abdullah, yang digantikan selepas kontroversi, gagal dalam urus niaga pada 2015 untuk membeli pegangan dalam syarikat minyak sawit Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbh.
Sehari selepas penggantungannya, Zakaria dipanggil SPRM untuk diambil kenyataannya mengenai urus niaga perniagaan antara syarikat Safitex dan anak syarikat FGV Delima Oil Products Sdn Bhd.
Zakaria muncul dengan dokumen penuh di tangan dan meninggalkan ibu pejabat SPRM selepas ditemubual selama empat jam.
Zakaria sejak penggantungannya menegaskan beliau tidak bersalah atas sebarang salah laku dan menggesa SPRM campur tangan dengan melancarkan siasatan ke FGV.
Menurut wawancara semalam, Zakaria memberi kata dua kepada FGV, berkata sama ada beliau atau pengerusi akan terus kekal kerana tidak mampu bekerjasama dengan Isa. – 7 Jun, 2017.
Komen