CALON pilihan raya kali pertama VKK Rajasekaran Teagarajan yang bertanding atas tiket parti Muda berharap mencipta sejarah dengan kejayaan merampas kerusi Bukit Gasing daripada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Kerusi Bukit Gasing yang juga kubu kuat DAP akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru calon berbangsa India, dengan Raja yang menjadi calon “underdog” mengambil sikap optimistik terhadap peluangnya untuk menewaskan penyandang dan calon kegemaran Rajiv Rishyakaran serta mengalahkan Nallan Dhanabalan daripada Perikatan Nasional (PN).
Usahawan berusia 44 tahun yang juga penduduk Bukit Gasing sejak 20 tahun lalu, yakin dengan rancangan dan manifestonya untuk kawasan itu yang akan meraih sokongan dan undi untuk memberinya peluang menewaskan dua calon lain.
“Gelaran underdog boleh dimainkan di sini. Ia pertandingan antara David dan Goliath tetapi saya tidak gentar kerana Rajiv adalah Adun dua penggal dan beliau menang undi popular,” katanya kepada The Malaysian Insight.
“Kami (Muda) memberikan rakyat satu pilihan untuk menjadi suara mereka kerana ia yang mereka kurang.
“Kami di sini sebagai alternatif jika anda tidak gembira. Muda akan memainkan peranan penting memberikan periksa dan imbang.”
Raja adalah anak kedua daripada empat beradik kepada ahli perniagaan terkenal VKK Teagarajan dan Indrani Teagarajan.
Raja yang mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Monash Business School di Australia, juga timbalan presiden Dewan Perniagaan India Kuala Lumpur dan Selangor.
Dengan Muda bertindak sebagai kuasa ketika pada PRN ini, Raja berjanji untuk berkhidmat dan membawa suara rakyat Bukit Gasing ke dewan undangan negeri, jika beliau menang.
Muda akan bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia pada PRN ini.
Sebelum ini, Muda yang baru berusia 18 bulan bekerjasama dengan PH dalam berdepan PRN Johor serta pilihan raya umum tahun lalu.
Selepas piihan raya umum itu, Muda terus menyokong kerajaan perpaduan diketuai PH dan berharap diterima masuk dalam gabungan PH. Tetapi, ia tidak berlaku sedemikian.
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu memutuskan untuk bergerak solo selepas PH dan kerajaan perpaduan gagal melaksanakan reformasi yang dijanjikan. – 5 Ogos, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen