4 cedera helikopter terhempas atas bangunan di Nigeria 


SEBUAH helikopter terhempas ke atas sebuah bangunan di daerah perniagaan di kawasan Ikeja di negeri Lagos pada Selasa, mencederakan empat orang, lapor Xinhua memetik Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) dan Biro Penyiasatan Keselamatan Nigeria.

Kesemua empat penumpang pesawat itu mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital tempatan, penyelaras pejabat NEMA Lagos, Ibrahim Farinloye, memberitahu pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, Jurucakap Biro Penyiasatan Keselamatan Nigeria, Tunji Oketumbi, berkata butiran kejadian tidak lengkap dan siasatan akan dijalankan bagi menentukan punca nahas. – Bernama, 2 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen