CADANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melukis semula sempadan pilihan raya di seluruh negara dan menyusun pengundi mengikut etnik bererti satu masa depan yang suram bagi Malaysia yang berbilang kaum, sebuah kumpulan pemerhati anti rasuah berkata.
Pengundi dan juga Menteri Besar Mohamed Azmin Ali telah memberitahu SPR supaya mengelakkan kewujudan “kawasan dengan satu bangsa” dan sempadan itu tidak berperlembagaan di bawah Seksyen 2 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, yang memerlukan SPR untuk mengambil kira komuniti setempat dalam cadangan persempadanan semulanya.
Pada 1 Mac, Azmin memberitahu siasatan tempatan oleh SPR bahawa sempadan-sempadan baharu tersebut tidak mengikut Perlembagaan di bawah Seksyen 2 Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki SPR mengaitkan hubungan masyarakat tempatan dalam cadangan persempadanan semulanya.
Bantahan Azmin serta puluhan ribu pengundi lain telah ditolak SPR.
Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel berkata sempadan baharu tersebut, yang akan menjejaskan kesemua Wilayah Persekutuan dan negeri kecuali Sabah dan Sarawak, bersifat memecahbelahkan.
“Persempadanan semula tujuannya untuk membahagikan pengundi Malaysia mengikut kaum,” Cytnthia memberitahu The Malaysian Insight.
“Kita sepatutnya menuju ke arah hubungan etika yang lebih baik. Label sebuah negara sederhana yang sering digunakan di peringkat antarabangsa sudah boleh dibakulsampahkan. Ia taktik kaum pecah dan perintah, hampir kepada peraturan undang-undang apartheid. Ia memalukan,” katanya. – 28 Mac, 2018.
Komen