Malaysia lancar mahkamah khas bagi pemerdagangan manusia


Gan Pei Ling

MALAYSIA melancarkan mahkamah khas bagi pemerdagangan manusia yang pertama di kompleks Mahkamah Sesyen Klang hari ini.

Ketua Hakim Negara  Md Raus Sharif berkata lima lagi mahkamah serupa akan ditubuhkan dalam tahun ini setiap satu di Ipoh, Perak; Balik Pulau, Pulau Pinang; Melaka; Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Kami memilih Klang sebagai lokasi  bagi projek perintis ini kerana mengikut statistik, Selangor mencatatkan kes pemerdagangan manusia tertinggidi antara semua negeri di Malaysia,” Raus berkata di dalam ucapannya.

Hakim Unaizah Mohd akan mempengerusikan 12 kes yang didaftarkan di mahkamah yang baru dilancarkan di Klang ini.

Raus berkata hanya hakim-hakim kanan dengan pengalaman sekurang-kurangnya 25 tahun dalam kehakiman dan perkhidmatan perundangan yang layak untuk mempengerusikan mahkamah khas pemerdagangan manusia.

“Sebelum ini, kes-kes pemerdagangan manusia diberi kepada hakim-hakim sebagai kes biasa. Dengan adanya mahkamah khas ini, hakim boleh menumpukan perhatian terhadap kes-kes ini sahaja. Sebab itu kami yakin kes-kes ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh sembilan bulan,” Raus memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran mahkamah tersebut.

Beliau berkata 64 kes pemerdagangan manusia yang tertunggak di Selangor akan diselesaikan di mahkamah asal mereka.

Pada 2017, terdapat 147 sabitan, 282 kes dan 676 tangkapan berkaitan dengan pemerdagangan manusia, kata Raus. – 28 Mac, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen