Benzina muncul pemain pertama berhijab di Piala Dunia Wanita FIFA


Benzina adalah pemain gantian yang tidak diturunkan semasa perlawanan pembukaan Morocco yang tumpas 6-0 di tangan Jerman pada 24 Julai di Melbourne. – Gambar Facebook The African Lane, 1 Ogos, 2023.

PEMAIN pertahanan Maghribi Nouhaila Benzina melakar sejarah baharu apabila menjadi pemain bola sepak pertama yang memakai hijab dalam perlawanan Piala Dunia Wanita FIFA pada Ahad.

Benzina, 25,membuat penampilannya dengan memakai hijab berwarna putih ketika Maghribi dengan jolokan Atlas Lionesses membenam Korea Selatan 1-0 dalam perlawanan Kumpulan H di Adelaide Australia, lapor Agensi Anadolu.

Jaringan awal penyerang Maghribi Ibtissam Jraidi sudah cukup memberikan kemenangan untuk negaranya.

Maghribi membuat penampilan sulung pada Piala Dunia Wanita 2023 anjuran bersama Australia dan New Zealand.

Benzina adalah pemain gantian yang tidak diturunkan semasa perlawanan pembukaan Maghribi yang tumpas 6-0 di tangan Jerman pada 24 Julai di Melbourne.

Dalam mesyuarat Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) pada 2014, badan induk bola sepak dunia FIFA membenarkan pemain Islam memakai hijab semasa perlawanan. – Bernama, 1 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen