Abe Lim ingin selesaikan isu penting penduduk Bandar Utama


Noel Achariam

Abe Lim ingin mengetengahkan isu yang terlepas pandang dan dianggap tidak penting oleh Adun sebelum ini. – Gambar Facebook, 1 Ogos, 2023.

CABARAN Muda di kerusi DUN Bandar Utama di Selangor terletak di tangan Abe Lim, 27, yang menyedari perjuangannya adalah sukar.

Batu penghalang besar ialah penyandang kerusi itu Jamaliah Jamaluddin, daripada DAP yang pertama kali memenanginya pada 2018.

Nur Aliff Mohd Tafid daripada Gerakan adalah calon ketiga, bertanding di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun Lim percaya terdapat banyak isu yang perlu diselesaikan di kawasan itu jika beliau diberi peluang untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Cabarannya bukan siapa yang bertanding untuk kerusi itu tetapi siapa yang menawarkan penyelesaian sebenar kepada rakyat.

“Terdapat kekurangan dalam menangani segera isu yang mempengaruhi kehidupan seharian rakyat dan saya mahu menjadi permulaan kepada perubahan itu. Muda boleh melakukannya,” kata peguam lulusan dari United Kingdom dan aktivis perubahan iklim kepada The Malaysian Insight.

Lim ingin mengetengahkan isu yang terlepas pandang dan dianggap tidak penting oleh Adun sebelum ini.

“Saya ingin mengatakan saya dan Muda bukan berada di sini untuk memecahkan undi.

“Kami mahu membangkitkan isu sebenar dan mencari penyelesaian yang berkesan kepada mereka. Jika itu penting untuk rakyat, mereka akan mengundi kami.”

Lim lulusan dari Oxford Brookes University dan juga menamatkan program perniagaan eksekutif di Stanford Business School di Amerika Syarikat.

Katanya, beliau mahu mewakili penduduk di Bandar Utama dan akan berkerja keras untuk rakyat di kawasan itu.

“Kita dapat lihat mereka yang memperjuangkan isu di kawasan itu termasuk warga emas.

“Mereka tidak sepatutnya berbuat demikian kerana ia adalah tanggungjawab wakil rakyat, mereka sepatutnya menjalani hidup yang tenang.

“Jika saya letakkan diri di tempat mereka, saya pastinya sangat penat untuk mengulangi masalah yang sama kepada Adun.

“Saya perlu menjadi wakil rakyat yang menyelesaikannya dengan cepat dan untuk jangka panjang.”

Pada 2018, Jamaliah memperoleh undi 38,561 atau 91% daripada jumlah keseluruhan undi bagi memenangi dengan majoriti 34,679 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Ch’ng Soo Chau daripada MCA, dan seorang calon bebas, kedua-duanya hilang wang deposit. – 1 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen