PIHAK berkuasa tempatan Beijing dan beberapa wilayah lain di utara China mengeluarkan amaran tertinggi mengenai Taufan Doksuri yang membawa hujan lebat ke negara itu.
Doksuri adalah taufan kelima yang membadai China tahun ini dengan puluhan ribu penduduk dipindahkan ke tempat selamat, lapor Agensi Anadolu.
Beijing dan kawasan sekitarnya, termasuk wilayah Tianjin dan Hebei paling terjejas teruk akibat taufan itu.
Menurut China Daily, Pusat Meteorologi Kebangsaan mengulangi amaran merah mengenai hujan lebat di utara negara itu pada petang Ahad, amaran kedua yang dikeluarkan sejak mekanisme amaran itu dilaksanakan pada 2010.
Global Times yang berpangkalan di Beijing melaporkan 18 wilayah mengeluarkan amaran hujan lebat sejak pagi Ahad.
“Kira-kira 130 juta penduduk di seluruh negara dijangka terjejas,” katanya. – Bernama, 31 Julai 2023.
Komen