MAJLIS Pelancongan Malaysia (MTC) hari ini mengumumkan telah dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Sekretariat MTC berkata ini berikutan tindakan salah urus oleh bekas setiausaha agungnya Hajah Noorzaleha Baharuddin.
“Walaupun jawatankuasa eksekutif dan pengurusan MTC komited dalam mematuhi garis panduan pendaftaran, nampaknya wujud motif tersembunyi.
“Malangnya dengan keputusan ini, terbukti pihak tertentu berniat jahat,” katanya dalam satu kenyataan.
Sekretariat itu berkata walaupun berpegang pada perlembagaannya dan usaha terpuji semasa pandemik, “elemen” ini nampaknya bergembira atas kemunduran yang dihadapi oleh MTC.
“Untuk rekod, polis masih menyiasat salah urus dana MTC oleh Noorzaleha.
“Sepanjang tempoh yang mencabar ini, exco dan pengurusan MTC kekal teguh dengan dedikasi mereka terhadap perlembagaan dan prinsip persatuan.– 26, Julai 2023.
Berita penuh di sini.
Komen