Guan Eng pertahan kerusi, 5 exco digugurkan


Noel Achariam

Barisan calon PRN Pulau Pinang yang diumumkan, hari ini. – Gambar Facebook, 25 Julai, 2023.

PENGERUSI DAP Lim Guan Eng dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang tetapi Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy dan empat exco lain digugurkan.

Bekas ketua menteri itu, kini ahli Parlimen Bagan dan menjadi Adun Air Putih sejak 2008 adalah antara 19 calon yang diumumkan setiausaha agung parti itu Anthony Loke petang tadi.

Selain Ramasamy, exco lain yang digugurkan ialah Chong Eng, Phee Boon Poh, Soon Lip Chee dan Yeoh Soon Hin.

DAP meletakkan S Sundarajoo, bekas ketua pegawai operasi Ecoworld Development Sdn Bhd di Perai.

Ketua Wanita DAP Veteran Chong Eng, bekas ahli Parlimen Bukit Mertajam dan ahli exco akan memberi laluan kepada Adun Pengkalan Kota Daniel Gooi di kerusi Padang Lalang.

Seorang lagi exco yang digugurkan ialah Adun Sungai Puyu empat penggal Phee Boon Poh yang kerusinya kini akan dipertahankan dalam PRN oleh anak perempuannya, Syn Tze.

Dua lagi exco kerajaan negeri, Soon Lip Chee dan Yeoh Soon Hin, masing-masing akan memberi laluan kepada pendatang baharu dan pemimpin veteran.

Bekas penyandang kerusi Bagan Jermal Soon akan ditandingi oleh muka baru Chee Yeeh Keen manakala bekas ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai akan bertanding di Paya Terubong, yang diwakili Yeoh selama tiga penggal berturut-turut.

Loke berkata M Satees, akan digantikan oleh K Kumaran.

Setiausaha agung DAP itu juga mengumumkan DAP akan meletakkan dua calon untuk bertanding dalam PRN Kedah.

Beliau berkata penyandang di Derga dan Kota Darul Aman akan mempertahankan kerusi mereka.

Calon DAP Pulau Pinang ialah:

N7 Sungai Puyu - Phee Syn Tze

N8 Bagan Jermal - Chee Yeeh Keen

N9 Bagan Dalam - Kumaran Krishnan

N13 Berapit - Heng Lee Lee

N15 Padang Lalang – Gooi Zi Sen

N16 Perai – Sundarajoo Somu

N19 Jawi – H’ng Mooi Lye

N22 Tanjong Bunga – Zairil Khir Johari

N23 Air Putih – Lim Guan Eng

N25 Pulau Tikus – Woo Sze Zeng

N26 Padang Kota – Chow Kon Yeow

N27 Pengkalan Kota – Wong Yuee Harng

N28 Komtar – Teh Lai Heng

N29 Datok Keramat – Jagdeep Singh Deo

N30 Sungai Pinang – Lim Siew Khim

N31 Batu Lancang – Ong Ah Teong

N32 Seri Delima – Tan Hooi Peng

N33 Air Itam – Joseph Ng Soon Siang

N34 Paya Terubong – Wong Hon Wai. – 25 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen