PRN: Pencalonan Najwan dikritik netizen di media sosial


Ravin Palanisamy

Sebelum ini tular tangkap layar kenyataan Najwan yang berbaur perkauman dalam kumpulan WhatsApp terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon DUN Meru Sivaranjani Manickam. – Gambar Facebook Najwan Halimi, 23 Julai, 2023.

KEPUTUSAN PKR tetap menamakan Najwan Halimi untuk mempertahankan DUN Kota Anggerik bagi pilihan raya negeri akan datang walaupun beliau pernah mengeluarkan kenyataan rasis sebelum ini nampaknya tidak disenangi ramai pengguna media sosial.

Mereka mengkritik pencalonan Najwan untuk pilihan raya negeri yang dijadualkan 12 Ogos ini.

Seorang pengguna Twitter @Dave_85 meluahkan kekecewaannya terhadap PKR kerana menamakan Najwan sebagai calon mereka.

“Walaupun dah ‘kantoi’, Najwan tetap bertanding,” ciapnya.

Dia juga hairan dengan PKR kerana tidak mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap Najwan.

“Tiada tindakan tatatertib diambil, malah tiada kenyataan rasmi daripada PKR. Saya tak akan undi Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang,” katanya dalam ciapan sama, sambil ‘tag’ Perdana Menteri merangkap Presiden PKR Anwar Ibrahim, timbalan presiden Rafizi Ramli dan beberapa pemimpin parti.

Sebelum ini tular tangkap layar kenyataan Najwan yang berbaur perkauman dalam kumpulan WhatsApp terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calonnya Sivaranjani Manickam untuk kerusi DUN Meru.

Merujuk kepada laporan berita mengenai Sivaranjani diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru, Najwan menghantar mesej kepada kumpulan PKR menggelar PSM sebagai ‘parti estet India’.

Kenyataan Najwan dalam kumpulan WhatsApp itu dikongsi Setiausaha Agung PSM Sivarajan Arumugam di Twitter.

Najwan yang merupakan timbalan ketua PKR Shah Alam kemudiannya meminta maaf selepas mesej itu tular sambil berkata beliau tidak memiliki prejudis terhadap mana-mana kaum.

Malam tadi, ketika Anwar mengumumkan pencalonan, pengundi di Kota Anggerik yang juga seorang peguam Shanker Sundaram mencelah dengan meluahkan kekecewaannya dan bantahannya terhadap pencalonan Najwan itu.

Menjawab bantahan itu, Anwar berkata beliau mempunyai kata putus mengenai senarai calon, sambil menambah orang ramai melakukan kesilapan.

Seorang lagi pelayar @NebAdrenaline berkata pengundi tidak mahu Najwan sebagai calon.

“Tolonglah dengar. Kalau PH kalah (untuk menang) jangan salahkan orang lain. Itu salah sendiri,” ciapnya.

Sementara @shaman_n boldly berkata dia tidak akan mengundi Najwan di Kota Anggerik.

“Tahniah rasis, anda hilang undi saya untuk Kota Anggerik,” katanya.

Sementara itu, pelayar @iamjonzs membuat kenyataan nakal dengan mengatakan jika PH boleh bekerja degan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan pendakwaan kes rasuah di mahkamah, tiada masalah untuk PH menerima kelakuan Najwan.

“Jika mereka boleh terima Zahid sebagai TPM, takkan lah tak boleh terima Najwan balik yang rasis,” tulisnya.

Pelayar lain @ashguevara23 chided Najwan, asking if he was fine accepting “estate” votes during election

“Pengundi N40 (Kota Anggerik). Selamat mengundi pengundi estet. Ketika mengundi estet itu okay!,” katanya.

Dalam ciapan sama, dia sempat menyindir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di mana ucapan 3R katanya tidak terpakai untuk pemimpin PKR.

“Ucapan 3R tak terpakai untuk geng PKR kan Fahmi Fadzil?,” tanyanya.

Sementara itu, MUDA yang turut meletakkan calon di Kota Anggerik turut mempertikai keputusan PKR menamakan Najwan sebagai calon.

Ketua penerangan MUDA Pulau Pinang Danial Abdul Majeed juga mempertikaikan soal tiada tindakan diambil PKR terhadap Najwan malah tiada kenyataan rasmi dikeluarkan parti kerajaan itu.

“Isu 3R. Tiada tindakan disiplin diambil. Tiada kenyataan rasmi dari PKR. Dicalonkan lagi.

“Dan ramai penyokongnya yang kata dia dah buat banyak untuk Shah Alam dan orang kenal dia. Jadi itu mewajarkan pencalonannya,” ciapnya.

Muda mencalonkan Azad Akbar Khan seorang peguam untuk kerusi Kota Anggerik.

Seorang lagi pelayar @housefly111 yang ciapan semula  daripada hantaran Azad sambil mengatakan dia calon yang lebih bagus daripada Najwan.

“Sudah pasti calon yang lagi bagus daripada Najwan Halimi. Memandangkan PKR dah tak peduli perasaan pengundi India langsung,” ciapnya. – 23 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen