SENARIO politik ketika ini tidak memungkinkan untuk Kerajaan Perpaduan menandatangani memorandum persefaham dengan pembangkang utama, Perikatan Nasional, bagi memastikan kestabilan politik, kata penganalisis politik.
Mereka berkata yang tiga parti utama negara – Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam satu blok dan PN dalam satu blok berlawanan- akan terus melawan satu sama lain demi manfaat politik masing-masing.
Manfaat ini termasuklah kemungkinan menumbangkan kerajaan semasa yang akan menjejaskan kestabilan negara, tambah mereka lagi.
Ahad lepas, badan pemantau pilihan raya Bersih menggesa Kerajaan Perpaduan dikemudi Anwar Ibrahim dan pembangkang menandatangani perjanjian damai antara blok politik bagi memastikan kestabilan negara sebaik sahaja pilihan raya negeri pada 12 Ogos depan berakhir, walau apa pun keputusan PRN.
Bersih berpandangan yang perjanjian damai itu akan menghapuskan ura-ura perubahan kerajaan dalam masa terdekat yang boleh menjejaskan kestabilan politik dan keyakinan pasaran ekonomi.
Pengarah Eksekutif Ilhm Centre Hisomuddin Bakar berkata beliau tiada keyakinan yang kedua-dua blok politik akan bersetuju dengan perjanjian sebegitu.
“Saya skeptikal yang perjanjian sebegitu akan berlaku. Jika ia berlaku sekalipun, ia hanya menunjukkan mereka boleh buat apa sahaja, politikus sentiasa jadi politikus.
“Mereka akan guna apa sahaja peluang untuk merampas kuasa,” katanya. – 23 Julai, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen