7 selamat helikopter Bomba kemalangan di Subang


Helikopter itu kemalangan di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT) dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. – Gambar Twitter, 22 Julai, 2023.

HELIKOPTER yang membawa tujuh penumpang termasuk juruterbang kemalangan di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT) dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Norazman Mahmud berkata helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 itu dikendalikan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang sedang menjalani ujian penerbangan.

“Terdapat tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter tersebut dan semuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Norazman, Menara Kawalan Trafik Udara Subang menerima laporan kejadian nahas itu pada 11:52 AM dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bertindak segera. 

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016. – 22 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen