Kerajaan perlu kaji keperluan, kepentingan konsert artis luar negara


PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merujuk kepada satu konsert yang dibuat oleh kumpulan The 1975 di Litar Antarabangsa Sepang malam tadi.

Perkasa merasakan kepada mereka yang tidak menghormati undang-undang negara ini supaya tidak perlu datang untuk membuat pertunjukan hiburan mahupun apa-apa acara. Perkasa merasakan tindakan vokalis The 1975 yang memegang botol arak serta menghina undang-undang LGBT yang diamalkan di Malaysia tidak perlu datang ke negara ini. Kami amat yakin agama kamu pun melarang hubungan sejenis. Binatang pun tidak berbuat begitu kenal mana jantan dan mana betina. (Melawan hukum alam)

Perkasa juga merasakan tindakan kumpulan The 1975 ini sangat biadab dan tidak boleh diterima kerana secara jelas telah menghina undang-undang dan Islam sebagai agama Persekutuan negara ini. Undang-undang negara ini menolak amalan songsang LGBTQ. Ajaran Human Right adalah suatu agama baharu yang wujud kebelakangan ini.

Konsert The 1975 ini juga merupakan satu ancaman dan juga ideologi kepada generasi muda sebenarnya kerana vokalis tersebut secara terbuka mempromosikan arak dalam persembahannya dan ini akan merosakkan lagi akidah dan akhlak anak muda jika tiada sekatan, tindakan untuk menghalang apa jua anasir negatif yang cuba dibawa masuk untuk disemai ke negara ini.

Perkasa mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar menghentikan juga setiap konsert yang penyanyinya datang dari luar negara kerana khuatir mereka akan membawa anasir yang negatif untuk generasi muda di Malaysia.

Penganjur konsert ini harus memberikan penjelasan yang lengkap atas alasan apa kumpulan The 1975 ini diberi kebenaran untuk membuat konsert di Malaysia? Kita perlu usir orang-orang sebegini yang tidak menghormati undang-undang dan adab di negara ini.

Konsert artis antarabangsa mereka ini perlu tahu dan perlu diberitahu bahawasanya negara ini mempunyai undang-undang yang sudah pasti tidak sama dengan negara mereka yang kebanyakan artis-artis ini berasal daripada negara-negara yang mengiktiraf LGBTQ.

Perkasa mendesak kerajaan supaya mengkaji keperluan dan juga yang lebih penting adalah kesan terhadap masyarakat adakah konsert yang mendatang seperti Coldplay, Muse dan yang lain-lain. Jika benar kerajaan ingin memperhebatkan industri seni banyak lagi artis-artis tempatan.

Membawa artis luar ini juga merugikan dan menguntungkan sesetengah pihak dan inilah yang dikuatiri selama ini telah berlaku. – 22 Julai, 2023.

* Irwan Fahmi Ideris, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen