FESTIVAL Good Vibes (GVF) tetap diteruskan walaupun persembahan band ‘The 1975’ terpaksa dihentikan separuh jalan malam tadi, kata penganjur.
Dalam satu kenyataan, penganjur berkata mereka yang sudah membeli tiket akan dapat menonton persembahan hari ini dan esok.
“Kepada mereka yang hadir pada hari Jumaat, 21 Julai 2023, kami memahami kekecewaan anda.
“Jika anda mempunyai gelang tangan festival hari Jumaat, anda kini boleh menghadiri festival itu sama ada pada Sabtu atau Ahad.
” Good Vibes Festival sentiasa berdedikasi untuk menyediakan muzik yang menyeronokkan dan kami amat menghargai sokongan berterusan anda.
“Kami kesal apabila persembahan ‘The 1975’ terpaksa dipendekkan kerana tidak mematuhi garis panduan persembahan tempatan,” kata kenyataan itu.
Festival muzik tiga hari itu yang bermula semalam (21 Jun) hingga 23 Julai ini dijadualkan untuk mempamerkan lebih 40 persembahan yang menggabungkan artis antarabangsa dan tempatan.
Persembahan kumpulan British ‘The 1975’ itu mendapat kecaman selepas vokalisnya Matt Healy mengeluarkan kata-kata kata-kata yang menghina kerajaan.
Ketika membuat persembahan, nyanyi kumpulan itu Matt Healy memegang sebotol wain, menyalakan rokok dan meludah di atas pentas.
Beliau turut menyampaikan ucapan ringkas yang mengandungi kata-kata penghinaan yang ditujukan kepada kerajaan.
Dia mencium pemain gitar lelakinya selepas membuat ucapan dan meneruskan persembahan dua lagu terakhir pada malam itu.
Sementara Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan sudah memanggil penganjur dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan laporan penuh insiden itu. – 22 Julai, 2023.
Komen