Kumpulan gesa petugas terlatih kendali mangsa rogol


Noel Achariam

Ketidakpekaan pihak berkuasa dan prosedur tidak jelas akan terus menimbulkan trauma kepada mangsa rogol yang terselamat. – Gambar AFP, 22 Julai, 2023.

PETUGAS yang mengendalikan keganasan berdasarkan gender mesti dilengkapi dengan latihan sewajarnya, dan mempunyai kemahiran komunikasi serta empati yang baik ketika merawat individu terlibat, kata kumpulan sokongan.

Mereka berkata polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menjalankan program latihan seumpama itu di akademi mereka sebagai keutamaan bagi menangani isu ini.

“Kita perlu tegaskan yang mangsa terselamat daripada keganasan berdasarkan gender, termasuk mangsa rogol perlu dilayan dengan belas ihsan dan empati dalam memberikan jaminan,” kata Pengurus Kanan Program All Women’s Action Society (Awam) Lilian Kok.

“Ketidakpastian di pihak berkuasa mengenai keseluruhan proses pengurusan, termasuk pelaporan insiden dan pemeriksaan, hanya akan menyebabkan mangsa trauma lebih teruk lagi.”

Kok berkata terdapat beberapa pengalaman tidak menyenangkan apabila laporan mangsa terselamat ditolak, diperlekehkan atau malah mangsa dipersalahkan kerana membenarkan kejadian itu berlaku kepada mereka.

“Wanita yang terselamat dikritik secara tidak wajar mengenai pakaian, penampilan dan tingkah laku mereka dengan atau terhadap pelaku.

“Punca yang terus menyebabkan keganasan seksual seperti itu, khususnya nilai patriarki dan objektif seksual wanita dan kanak-kanak perempuan, perlu ditangani. – 22 Julai, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen