TIDAK lama selepas ahli perniagaan Pulau Pinang, Phang Li Khoon membeli banglo di Jalan Pinhorn, kerja ubah suai bernilai lebih RM100,000 dilakukan di situ.
Kontaktor, Chong Eng Tong yang melakukan kerja ubah suai menerusi syarikatnya, ET Construction memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang dia dihubungi seorang individu dikenali sebagai “Ah Yong” untuk melakukan kerja ubah suai di rumah nombor 25, Jalan Pinhorn pada “bulan kedua atau ketiga” 2009.
Hartanah di Jalan Pinhorn menjadi tumpuan dalam perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Lim Guan Eng. Dia dituduh menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri dan isterinya, Betty Chew untuk membeli sebuah banglo daripada Phang dengan harga di bawah harga pasaran sebanyak RM2.5 juta pada 2015.
Phang membeli hartanah itu pada penghujung 2008 dengan harga RM2.5 juta. Dia sebelum itu menyewakannya kepada Lim dengan harga RM5,000 sebulan.
Pendakwaraya mengatakan hartanah itu dinilai pada harga RM4.27 juta ketika itu, dan akan memberikan bukti yang Lim membeli hartanah itu walaupun mengetahui ia di bawah harga pasaran dan Phang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai ketua menteri.
Pendakwaraya juga akan membuktikan yang Phang kerugian RM6,827.00 sebulan atau sejumlah RM494,784 sepanjang menyewakan banglo itu kepada Lim sejak Jun 2009 hingga Jun 2015.
Kesalahan itu dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Dia juga berdepan hukuman sama jika sabit kesalahan.
Chong memberitahu mahkamah kali pertama dia melawat banglo itu sebelum memulakan kerja ubah suai, ketika itu rumah itu tidak berpenghuni dan dia tidak tahu yang Lim akan berpindah ke rumah itu.
“Saya hanya tahu yang ketua menteri akan duduk di situ ketika saya membina pondok pengawal,” katanya sewaktu membaca kenyataan saksi pagi ini.
Chong berkata dia mengubah suai ruang tamu, membesarkan ruang makan, meluaskan bahagian belakang rumah, membina pondok pengawal dan melakukan kerja ubah suai lantai dan kawasan parkir.
Katanya, dia dibayar RM105,543.22 menerusi dua keeping cek yang diserahkan Ah Yong.
Dia juga menerima RM,252.81 wang tunai daripada Ah Yong dan RM9,335 menerusi deposit tunai ke dalam akaun syarikatnya.
“Jumlah bayaran yang saya terima untuk kos buruh dan pembinaan adalah RM121,131,” katanya kepada mahkamah mengenai jumlah bayaran yang diterimanya pada 2009.
Chong berkata dia berjumpa Phang “sekali atau dua kali” ketika mengubah suai banglow itu. – 27 Mac, 2018.
Komen