PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pembukaan ibu pejabat kenderaan elektrik Tesla di Selangor tahun ini.
Anwar, yang mengadakan pertemuan maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk pagi ini, mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia.
“Turut mengucap tahniah dan dokongan kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon di Selangor pada tahun ini,” kata Anwar hari ini.
Selain Anwar dan Musk, pertemuan maya itu disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fahmi juga merupakan jurucakap rasmi kerajaan. – 14 Julai, 2023.
Berita penuh di sini
Komen