Lee Boon Chye dilantik pengerusi baharu Bioeconomy Corp


Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif Bioeconomy Corp berkuat kuasa 11 Julai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Julai 2023.

MALAYSIAN Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) melantik Dr Lee Boon Chye sebagai pengerusi bukan eksekutif yang baharu berkuat kuasa 11 Julai.

Dalam satu kenyataan, ia berkata Dr Lee menggantikan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang telah bersara pada 16 Disember 2022.

Dr Lee berpengalaman luas terutamanya dalam sektor perubatan dan beliau pada masa ini merupakan pakar perunding residen dan pakar kardiologi di Hospital Pakar KPJ Ipoh, katanya.

Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai timbalan menteri kesihatan dari 2018 hingga 2020l dan ahli Parlimen Gopeng dari 2008 hingga 2012.

“Dengan kepakaran dan kepimpinannya, organisasi ini bakal mengukuhkan komitmennya untuk memajukan bioteknologi dan industri berasaskan bio yang mengharmonikan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar di Malaysia,” kata Bioeconomy Corp. – Bernama, 14 Julai 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen