Putrajaya perlu akui masalah untuk selesaikannya, kata ahli ekonomi 


Kamles Kumar

Pengarah urusan DM Analytics Muhammed Abdul Khalid ketika bercakap pada forum anjuran Buku Jalanan yang diadakan di ibu negara hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Farhan Nazmi, 26 Mac, 2018.

KANAK-kanak Malaysia yang terbantut merupakan masalah sebenar yang perlu diakui Putrajaya dan bukannya mengabaikannya, kata ahli ekonomi yang mana kajiannya baru-baru ini mendedahkan jumlah yang tinggi kanak-kanak kekurangan nutrisi di projek perumahan rakyat (PPR). 

Pengarah urusan DM Analytics dan ketua ekonomi Muhammed Abdul Khalid berkata, Putrajaya perlu mengakui masalah itu sekiranya mahu ia diselesaikan. 

“Kita berdepan masalah dengan golongan miskin. Sekiranya kita tidak mengakuinya, ianya tidak akan dapat diselesaikan,” katanya pada sebuah forum anjuran Buku Jalanan hari ini. 

Katanya, adalah memalukan apabila pemimpin tertinggi boleh menutup mata dengan epidemik yang semakin berkembang ini. 

“Mereka yang berkuasa tidak memandang perkara ini. Kita tidak mengakuinya, walaupun di peringkat tertinggi.”

Beliau turut menyentuh mengenai program Transformasi Nasional (TN50) yang tidak menumpukan kepada isu kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak bandar.

“Pada kanvas TN50, langsung tidak ada yang dikatakan. Tidak ada menyebutnya dalam laporan TN50.”

Dr Medaline Berma dari Universiti Kebangsaan Malaysia turut menggesa tindakan afirmatif mensasarkan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan miskin.

“Ada masanya kita perlu ambil tindakan afirmatif. Bukan kerana mereka Melayu tetapi kerana tindakan perlu diambil bagi memperbaiki pelbagai perkara.”

Menteri Pelajaran Mahdzir Khalid baru-baru ini memperkecilkan hasil kajian Unicef dan mengatakan kerajaan menyediakan program rancangan makanan tambahan (RMT) di semua sekolah di luar bandar dan bandar.

Laporan Unicef, “Kanak-Kanak Pinggiran: kaji selidik mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar di rumah pangsa di Kuala Lumpur” yang diterbitkan pada 26 Februari menyatakan bahawa kanak-kanak yang tinggal di rumah kos rendah dikurangkan dari segi pemakanan, pendidikan, keselamatan, dan keadaan hidup yang sihat.

Kajian ini mengukur program kerajaan untuk golongan miskin bandar.

Ia mendapati Kelantan mempunyai bilangan anak-anak terbantut yang tertinggi di bawah umur 5 tahun dengan pertumbuhan tinggi pada 34%, diikuti oleh Terengganu dan Pahang (masing-masing 26%) dan Putrajaya, Perak, Sabah & Labuan (masing-masing 24%).

Pertumbuhan terbantut kanak-kanak di Sarawak adalah 23%, diikuti oleh Perlis (21%), Pulau Pinang (20%), Negeri Sembilan (19%), Kedah (18%), Melaka (14%), Johor (12% Lumpur (11%).

Laporan itu, yang membandingkan negara-negara dengan KDNK per kapita yang sama, berkata dari segi pertumbuhan kanak-kanak, Malaysia lebih buruk daripada Ghana, walaupun KDNK per kapita menjadi enam kali lebih tinggi, iaitu 21%. – 26 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen