RUU Antiberita Tidak Benar petanda berakhirnya kebebasan bersuara


Bede Hong

RUU Antiberita Tidak Benar mempunyai implikasi yang besar terhadap demokrasi dan hak asasi manusia, dan sekiranya diluluskan ia akan akan menandakan berakhirnya kebebasan bersuara dan media di Malaysia, kata Pengarah Eksektuif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen. – Gambar Facebook, 26 Mac, 2018.

PARA peguam, aktivis dan penulis menyuarakan rasa “sangat bimbang” dengan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018, yang menurut mereka merupakan satu petanda berakhirnya kebebasan bersuara di Malaysia.

“RUU ini mempunyai implikasi yang besar terhadap demokrasi dan hak asasi manusia, dan sekiranya diluluskan ia akan akan menandakan berakhirnya kebebasan bersuara dan media di Malaysia,” kata Pengarah Eksektuif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen.

RUU untuk mengharamkan “berita palsu” yang dibentangkan di Parlimen hari ini mencadangkan denda sehingga RM500,000 atau penjara 10 tahun bagi pesalah.

Ia hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan di Dewan Rakyat. Ia kemudian akan dikemukakan di Dewan Negara untuk diluluskan, dan seterusnya diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan untuk dijadikan satu undang-undang.

Kumpulan peguam menggelar RUU ini sebagai “undang-undang yang meperbesar-besarkan masalah berita palsu”.

Paulsen berkata berkata RUU itu “amat samar” kerana ia tidak mentakrifkan secara jelas pembohongan berniat jahat yang diperlukan bagi kesalahan tersebut.

RUU itu juga katanya tidak mentakrifkan dengan jelas tahap keterukan “berita palsu” yang diperlukan sebelum ia dikelaskan sebagai jenayah penipuan.

Beliau berkata RUU itu “sangat terbuka” dan mencetus persoalan serius mengenai bagaimana pihak berkuasa seperti polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara akan memutuskan apa yang menjadikan sesuatu berita itu “benar” atau “palsu”.

“Hanya lima hari lalu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Jailani Johari mendakwa bahawa selain daripada maklumat yang disahkan kerajaan, sebarang berita mengenai 1MDB ‘disifatkan sebagai berita palsu’, kita dapat lihat kemungkinan apa yang ditakrifkan sebagai ‘benar’ atau ‘palsu’ ialah mengikut apa yang ditentukan oleh pihak berkuasa,” katanya. – 26 Mac, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen