Nga selar Pandikar kerana digantung dari sidang Dewan Rakyat


Looi Sue-Chern

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berkata beliau amat percaya Speaker Padikar Amin Mulia telah menyalahgunakan kuasanya dengan menggantung beliau, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Baru Gajah V. Sivakumar selama 10 hari selepas meminta speaker itu meletak jawatan. – Gambar Facebook, 26 Mac, 2018.

AHLI Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang kini digantung dari persidangan Dewan Rakyat, menuduh Speaker Pandikar Amin Mulia cuba menghina Parlimen.

Nga berkata beliau amat percaya Padikar telah menyalahgunakan kuasanya dengan menggantung beliau, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Baru Gajah V. Sivakumar selama 10 hari selepas meminta speaker itu meletak jawatan.

Ketiga-tiga ahli Parlimen DAP dar Perak itu pada awal bulan ini menuntut Yang Dipertua Pandikar Amin Mulia meletak jawatan kerana menolak satu usul pembangkang untuk meminta penjelasan Perdana Menteri Najib Razak.

“Beliau telah bertindak seperti polis, pendakwa dan hakim. Jika (Ahli Parlimen DAP) Lim Kit Siang boleh ingat, tidak pernah berlaku dalam 50 tahun di mana tiga ahli Parlimen digantung pada hari yang sama tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Pandikar perlu menghormati perintah tetap Dewan. Beliau sepatutnya membentangkan usul, luluskan di Dewan dan meminta kami dirujuk kepada jawatankuasa. Itu akan memberi peluang kepada kami memberi penjelasan.

“Silap kami hanyalah meminta beliau meletak jawatan. Kami buat kenyataan tersebut di luar Dewan. Beliau tidak berhak menggantung kami atas kenyataan yang kami buat di luar Dewan. Beliau boleh saman kami kerana memfitnah,” kata Nga pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini. – 26 Mac, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen