Majlis perwakilan pelajar Malaysia di UK, Ireland tarik diri daripada VoteMalaysia


Ravin Palanisamy

VoteMalaysia adalah inisiatif bukan partisan oleh pelajar Malaysia di seluruh dunia, dengan objektif utamanya adalah untuk memudahkan pengundian pos pada skala global. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Julai 2023.

MAJLIS Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland (UKEC) umum menarik diri daripada Gabungan VoteMalaysia berkuat kuasa serta-merta.

UKEC dalam satu kenyataan mendakwa VoteMalaysia, yang ditubuhkan atas nilai demokrasi, tidak berpihak dan telus, kini sudah hilang hala tujunya.

“VoteMalaysia asalnya ditubuhkan atas nilai-nilai demokrasi, tidak memihak dan telus.

“Penglibatan kelab pelajar parti-parti dalam gabungan kerajaan iaitu Umno dan DAP telah menghakis prinsip tidak berpihak,” kata kenyataan yang dimuat naik di Instagram.

VoteMalaysia adalah inisiatif bukan partisan oleh pelajar Malaysia di seluruh dunia, dengan objektif utamanya adalah untuk memudahkan pengundian pos pada skala global.

UKEC juga berkata beberapa keputusan yang dibuat baru-baru ini bercanggah dengan objektif asal VoteMalaysia.

“Pada 16 Jun lalu, VoteMalaysia secara sementara bersetuju untuk menyediakan liputan logistik bagi memudahkan proses undi pos di empat negeri sahaja iaitu Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang serta Selangor, dan mengenepikan Kelantan dan Terengganu.

“Kemudian, pada 24 Jun, membuat keputusan untuk meminta bantuan sukarelawan dan tenaga kerja daripada parti-parti politik dalam kerajaan.

“Keputusan ini tidak demokratik, berpihak dan tidak telus,” katanya. – 5 Julai 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen