Malaysia kutuk sekeras-kerasnya bakar al-Quran di Stockholm


Salwan Momika mengadakan protes di hadapan sebuah masjid di Stockholm, semalam. – Gambar Facebook, 29 Jun, 2023.

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran di Stockholm, semalam.

Menteri Luar Zambry Abdul Kadir melalui ciapannya di Twitter hari ini berkata keputusan mahkamah Sweden bukan satu langkah progresif dalam usaha untuk meningkatkan perasaan saling memahami dan menghormati untuk kebaikan manusia.  

“Perbuatan yang mencemari kesucian al-Quran ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut Aidiladha merupakan satu tindakan yang menyinggung perasaan Muslim di seluruh dunia dan mencabuli prinsip sejagat iaitu saling memahami dan menghormati kesemua agama dan kitab suci mereka,” katanya. – Bernama, 29 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen