Kami sudah bersedia di Pulau Pinang, kata Pakatan pada Umno


Looi Sue-Chern

Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengingatkan pesaingnya Barisan Nasional (BN) bahawa mereka sudah bersedia, selepas parti pemerintah itu menyatakan keyakinannya untuk merampas negeri itu daripada PH. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Mac, 2018. 

PAKATAN Harapan (PH) Pulau Pinang mengingatkan pesaingnya Barisan Nasional (BN) bahawa mereka sudah bersedia, selepas parti pemerintah itu menyatakan keyakinannya untuk merampas negeri itu daripada PH. 

Ketika Pengerusi PH Pulau Pinang merangkap Ketua Menteri Lim Guan Eng meminta agar tidak memperkecilkan kemampuan BN, ketua PKR, Bersatu, dan Amanah negeri pula sebaliknya mengingatkan BN agar tidak memandang enteng sokongan dan kekuatan PH. 

Peralihan 5% undi Melayu

Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman berkata PH memerlukan hanya 5% peralihan undi Melayu untuk merampas kerusi yang dipegang Umno.

Beliau turut mengingatkan pertarungan kali ini berbeza seperti yang sebelumnya, memandangkan rakan baru Bersatu dan Amanah sedang giat menarik sokongan pengundi Melayu di kawasan yang dikuasai Umno. 

“Kami tidak meremehkan cita-cita BN, tetapi kami mahu mereka tahu yang pembangkang telah bekerja di peringkat akar umbi selama 20 tahun. Kami tahu kekuatan dan kelemahan kami. 

“Sekarang semuanya sudah berubaha. Kami ada ‘nilai tambah’, terutama dengan penyertaan Bersatu ke dalam PH,” katanya merujuk parti serpihan Umno yang diketuai bekas perdana menteri dan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad. 

“Bersatu boleh mengubah sokongan pengundi Melayu. Kami memerlukan hanya 5% peralihan undi kerana kebanyakan kerusi yang dipegang Umno menang dengan majoriti tipis di bawah 1,000 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Umno menang hanya 10 kerusi di Pulau Pinang pada PRU 2013, manakala tewas di Seberang Jaya, Sungai Bakap dan Batu Maung kepada PKR, dan Permatang Pasir kepada PAS. Prestasi terbaik Umno dapat dilihat di Penaga, Bertam, Pinang Tunggal dan Permatang Berangan, menang dengan majoriti bawah 1,700 undi.  – 25 Mac, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen