Kit Siang berhasrat jumpa Najib


Melati A. Jalil

Lim Kit Siang underwent surgery on December 19 to remove a small, cancerous tumour in the left kidney. – The Malaysian Insight file pic, December 27, 2017.

KETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang berhasrat untuk mengatur pertemuan dengan Najib Razak, selepas Perdana Menteri itu mendakwa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah melepaskannya dari sebarang tingkah laku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata beliau telahpun menghantar e-mel kepada Najib, memohon perdana menteri menetapkan satu tarikh untuk pertemuan itu bagi menunjukkan bukti bahawa PAC telah membersihkan namanya dari sebarang kesalahan berkait 1MDB.

“Kalau Najib tak balas e-mel saya dan tiada pertemuan untuk beliau tunjuk kepada saya perkara dan ayat dalam Laporan PAC mengenai 1MDB yang membebaskan beliau dari sebarang salah laku dalam skandal 1MDB, saya akan teruskan rancangan untuk mengadakan forum di setiap negeri di seluruh negara tentang sama ada Najib telahpun dibebaskan dari sebarang salah laku dalam laporan tersebut.

“Najib dijemput untuk hadir ke setiap forum atau hantarkan wakil,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Najib akan dimaklumkan bila program itu akan diadakan supaya beliau sendiri atau wakilnya boleh hadir.

Jumaat lalu, Najib mendakwa PAC telah membersihkan namanya dari sebarang salah laku, malah berkata, atas arahannya jugalah 1MDB menjadi firma yang paling banyak disiasat dalam sejarah Malaysia.

Penafian Najib ke atas skandal itu telah disahkan oleh peguam negara, yang pada 2016 telah membersihkan namanya dari sebarang salah laku.

Sementara itu, Lim mempersoalkan sama ada Najib tersilap antara laporan PAC dengan laporan ketua audit negara yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Kalau begitu, saya bersedia menerima ‘kesalahan jujur’ beliau berserta dengan perkara atau ayat menunjukkan nama beliau dibersihkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

“Jika Najib tidak bersedia untuk menarik balik dakwaan tidak benar dan tidak berasasnya bahawa nama beliau bersih dari segala salah laku dalam laporan PAC mengenai 1MDB, adakah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SPRM) dan pihak polis bersedia utuk membuka siasatan, termasuk menyoal siasat perdana menteri kerana mereka-reka dan menyebar berita palsu?” katanya.

Tambah beliau lagi, pelancaran siri forum mengenai 1MDB boleh diadakan dalam paling capat dalam tempoh seminggu akan datang. – 25 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Lim Kit Siang ni tak padan dengan tua. Patut dah boleh resign dari dunia politik. Ada pun lebih banyak menabur fitnah je. Selesaikanlah isu terowong tu dulu. Kalau dah SPRM, dan badan berwajib yang lain dah buktikan PM Najib tidak ada kaitan dengan skandal salah laku 1MDB, buat apa mereka nak bising lagi. Nampak sangat la mereka tak boleh terima kenyataan.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan