Pemandu cuba rempuh polis didakwa cubaan membunuh


Desmond Davidson

SEORANG lelaki berusia 38 tahun didakwa dengan cubaan membunuh selepas cuba merempuh empat anggota polis yang mengawal sekatan jalan raya di Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu dengan kenderaan pacuan empat roda yang dicuri.

Yeo Chee Ann turut dikenakan pertuduhan kedua kerana menghalang anggota polis menjalankan tugas dengan gagal berhenti, ketika dihadapkan di mahkamah majistret di Mukah semalam.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Yeo.

Tiada anggota polis cedera dalam kejadian yang berlaku pada 3.40 pagi pada 4 Jun lalu di KM82 lebuh raya Selangau.

Mereka turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan dinaiki Yeo yang kemudian ditahan ketika mendapatkan rawatan di hospital Betong.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, dalam satu kenyataan, berkata tembakan itu “untuk mempertahankan diri”.

Yeo kini berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. – 27 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen