Jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang dibuka semula hari ini, kata menteri


Alexander berharap pembukaan jalan itu akan memberi keselesaan anak perantauan pulang ke Kelantan pada musim perayaan ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Jun, 2023.

JALAN utama menghubungkan Kuala Lipis ke Gua Musang yang ditutup sejak 3 April lalu bagi kerja-kerja pemasangan cerucuk untuk projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C kembali dibuka semula hari ini untuk kegunaan orang ramai.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata laluan berkenaan dibuka semula kepada kenderaan ringan selepas kerja-kerja pemasangan cerucuk itu siap Khamis lalu.

Katanya, pembukaan ini akan memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur.

“Saya juga berharap pembukaan laluan ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada anak perantauan ke Kelantan sempena sambutan Aidiladha Khamis ini dan selepas musim perayaan nanti,” katnya melalui hantaran di Facebok rasminya. – Bernama, 25 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen