PUTRAJAYA akan menyalurkan bantuan RM200 di bawah program e-Tunai Belia Rahmah kepada mereka yang layak bermula 8 pagi esok.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuat pengumuman itu petang tadi pada pelancaran program Rakan Muda yang dijenamakan semula di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sebelum ini Kementerian Kewangan berkata tempoh pendaftaran dan pembayaran adalah dari 26 Jun hingga 22 Ogos.
Pada 21 Jun belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima RM200 bagi program e-Tunai Belia Rahmah mulai 8 pagi Isnin.
Belia yang layak boleh mendaftar melalui mana-mana tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.
“Kredit e-Tunai Belia Rahmah dan faedah sepadan daripada penyedia e-dompet yang mengambil bahagian boleh dikeluarkan secara ‘luar talian’ sehingga 31 Ogos,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan itu.
Inisiatif itu menyasarkan belia Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun dan terbuka kepada semua pelajar aktif sepenuh masa di IPT di negara ini.
MOF berkata penyedia e-dompet yang mengambil bahagian akan menawarkan insentif lain dalam bentuk baucar, pulangan tunai atau diskaun untuk Mata Ganjaran semasa tempoh program. – 25 Jun, 2023.
Komen