MALAYSIA tidak boleh mengelak daripada soal politik identiti, yang dibentuk oleh agama, kaum, budaya, bahasa, kelas sosial, gender dan pelbagai aspek lain seseorang, kata ahli politik Steven Sim.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu mengatakan menanyakan seseorang sama ada mereka mengidentifikasikan diri mereka sebagai rakyat Malaysia atau kaum dahulu adalah soalan yang salah.
Untuk mendepani kepelbagaian Malaysia dan mencari persamaan, katanya lagi rakyat pelbagai kaum negara ini perlu meraikan diri mereka terlebih dahulu.
Kerana itu adalah penting untuk menangani pelbagai isu seperti Ketuanan Melayu, kebimbangan dalam kaum dan kemarahan kaum lain dengan membenarkan orang Melayu jadi lebih Melayu, kata Steven.
Hang Tuah dan keris yang menyembuh luka
“Mereka perlu melihat lebih sekadar kebimbangan yang direka-reka yang merupakan kerangka Umno, dan ke dalam budaya Melayu itu sendiri. Tidak perlu lihat budaya lain, lihat sahaja Hang Tuah,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Beliau merujuk kepada pahlawan Melayu kurun ke-15 itu yang menjadi simbol kesetiaan Umno.
Katanya, Hang Tuah seorang tokoh yang dihormati dan dikagumi orang Melayu adalah “Melayu sejati” yang mempunyai bapa angkat Cina dan fasih 12 bahasa termasuklah Cina dan Tamil, menurut salah sebuah hikayat klasik Melayu, Hikayat Hang Tuah.
“Kita merasakan dia hanyalah seorang kaki gaduh atau peninju, tetapi dia juga adalah pentadbir, perancang bandar, pembina bandar dan
“Dia adalah Melayu hardcore. Bagi berdepan Ketuanan Melayu, awak tak (perlu) minta Melayu jadi kurang Melayu, tetapi jadi lebih Melayu seperti Hang Tuah- Melayu yang berani meraikan kepelbagaian,” katanya. – 24 Mac, 2018.
Komen