Rahman Dahlan sedia hadapi kemungkinan tak bertanding di Sepanggar


Jason Santos

Tidak kisahlah sama ada saya akan bertanding atau tidak. Tetapi saya akan terus menyokong calon pilihan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Rahman Dahlan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mac, 2018.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Rahman Dahlan bersedia sekiranya tidak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ini susulan petanda diberikan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Kota Belud semalam yang Rahman berada dalam senarai calon Barisan Nasional yang akan dipindahkan.

Sebelum ini, Rahman dikatakan akan dipindahkan dari Kota Belud ke Sepanggar.

“Saya akan serahkan keputusan (di mana saya akan bertanding) kepada perdana menteri.

“Tidak kisahlah sama ada saya akan bertanding atau tidak. Tetapi saya akan terus menyokong calon pilihan.

“Persoalan sama ada saya akan bertanding di Sepanggar atau tidak, saya akan serahkan kepada perdana menteri, saya macam orang lain juga tidak tahu apa-apa” katanya kepada wartawan ketika menjadi panel perbincangan usahawan kecil dan sederhana di Kota Kinabalu hari ini. – 24 Mac, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen