Kertas putih peluang pembaharuan sistem kesihatan, kata Galen Centre


Ravin Palanisamy

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kesihatan dan Dasar Sosial Galen Azrul Mohd Khalib berkata pembentangan Kertas Putih Kesihatan menunjukkan kerajaan mempunyai keupayaan membuat perubahan bagi memastikan masa depan sistem penjagaan kesihatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun, 2023.

BADAN pemantau kesihatan hari ini mengalu-alukan usul pembiayaan penjagaan kesihatan yang mampan sebagai salah satu tonggak Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kesihatan dan Dasar Sosial Galen Azrul Mohd Khalib berkata pembentangan Kertas Putih Kesihatan itu menunjukkan kerajaan mempunyai keupayaan untuk membuat perubahan bagi memastikan masa depan sistem penjagaan kesihatan.

Ini ditambah dengan dua semakan terbaharu sistem penjagaan kesihatan yang ditugaskan oleh pentadbiran terdahulu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azrul berkata memastikan penjagaan kesihatan yang mampan untuk masa depan menjadi ciri konsisten semakan ini.

“Bagaimanapun kertas putih ini akan berdepan cabaran sama yang menghalang dan menyekat percubaan sebelum ini untuk memperbaharui sistem penjagaan kesihatan Malaysia,” katanya.

Beliau menambah cabaran termasuk mendapatkan komitmen politik yang mencukupi daripada kerajaan pada masa itu, memastikan sumber yang signifikan (contoh pembiayaan dan tenaga kerja) dan dapat menangani kedua-dua tuntutan dan krisis hari ini.

Pada masa sama katanya kerajaan juga perlu memerhati ke arah memastikan kejayaan pelaksanaan reformasi yang dijanjikan.

“Cabarannya amat menggerunkan,” tegas Azrul.

Azrul juga menegaskan adalah tidak mampan untuk terus memberikan subsidi rawatan kepada orang ramai.

“Penjagaan kesihatan tidak berharga RM1. Ia tidak pernah dan tidak akan pernah berlaku.

“Sistem caj semasa untuk RM1 (pesakit luar am) dan RM5 (pesakit luar pakar) setiap lawatan diperkenalkan pada pertengahan 80-an dan masih digunakan sehingga kini.

“Setiap pesakit yang memasuki sistem awam mempunyai lebih daripada 95% kos rawatan mereka disubsidi oleh dana awam. Seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih, ia sudah lama tidak mampan.

“Bagaimanapun menaikkan bayaran ini bukan satu pilihan. Contohnya, menaikkan bayaran ini daripada RM1 dan RM5 masing-masing kepada RM10 dan RM50 bermakna kenaikan sebanyak 900%.

“Ini mungkin tidak boleh diterima secara terbuka atau politik. Ia juga sia-sia kerana jumlah dana yang diperoleh masih tidak mencukupi untuk pemulihan kos,” tambahnya.

Berita penuh di sini. – 15 Jun, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen